Selamat Datang ke blog Dunia Impian Amtaza....:) disini...segalanya bermula... Berkongs mengenai impian,pengalaman,tips-tips kesihatan bersama produk Shaklee..Jom bersama saya...:)
Friday, 3 October 2014
Petua Kecantikan Secara Traditional
Saya juga ingin kongsikan petua kecantikan secara tradisional..ha, sesiapa yang rajin tu..boleh la cuba ye!:)
Setiap wanita pasti mengidamkan bentuk tubuh yang menawan apatah lagi apabila mereka telah berkahwin dan melahirkan anak. Kecantikan dan wanita adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu. Disini akan disenaraikan beberapa petua kecantikan khas untuk wanita yang mementingkan penampilan dan juga wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik bukan sahaja dimata orang yang tersayang malahan pada sesiapa sahaja yang melihat.
1. Elak Perut Menggeleber
Ramai wanita akan mengalami masalah perut menggeleber khususnya bagi mereka yang baru melahirkan anak. Untuk mengatasi atau mengelakkan masalah perut menggeleber ini ialah dengan mengambil sesudu kecil jus limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada perut yang menggeleber setiap kali sebelum masuk tidur. Insyaallah anda akan melihat kesannya selepas 2 minggu.
2. Menegangkan wajah
Ramai wanita berpendapat wajah adalah aset paling penting apabila bercerita tentang kecantikan dsan kesihatan. Bagi mereka wajah yang cantik akan mengambarkan personaliti keseluruhan wanita tersebut. Bagi mendapatkan wajah yang cantik dan tegang, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil sedikit tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Sapukan pag\da muka dan biarkan sehingga kering sebelum basuh sehingga bersih. Anda akan mendapati kulit muka anda lebih lembut, tegang dan cerah dalam masa beberapa minggu sahaja.
3. Hitamkan rambut beruban
Apabila rambut beruban, pasti ramai yang menyatakan ia berpunca daripada peningkatan usia seseorang. Namun sebenarnya ia disumbangkan oleh pelbagai factor. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kesan uban rambut ialah dengan mengambil sesudu minyak kelapa bersama segenggam daun kari dan masak di atas api dengan suhu sederhana sehingga daun kari menjadi hangus. Sejukkan dan kemudian gunakannya sebagai minyak rambut. Insyaallah masalah rambut beruban akan berkurangan.
4. Merawat tumit kaki pecah
Tumit kaki pecah tentunya merisaukan anda, malahan menyebabkan anda merasa kurang selesa. Untuk mengatasinya, masukkan beberapa keeping asam gelugur ke dalam bekas yang berisi beberapa sudu cuka makan. Tambah sedikit air sejuk ke dalamnya dan rendamkan tumit kaki anda dalam campuran itu tadi selama beberapa minit. Lakukan sekerapnya sehingga masalah tumit pecah hilang.
ok, nanti saya syerkan lagi tips-tips menarik buat anda. OK, Selamat Mencuba! :)
salam sayang kecantikan,
Ummi NA
Labels:
Petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment