Selamat Datang ke blog Dunia Impian Amtaza....:) disini...segalanya bermula... Berkongs mengenai impian,pengalaman,tips-tips kesihatan bersama produk Shaklee..Jom bersama saya...:)

Tuesday, 6 January 2015

Jadual Pemakanan Bayi

 

 

Assalamualaikum...salam sejahtera..

 

Rasa-rasa dah lama saya tak update blog ni..dah bersawang-sawang..hehe

 

Akibat dek kesibukan melaya 2 orang aak yang semakin membesar...

Ni saja saya nak share dengan mommies semua..Especially yang baru anak sulung dan sangat tak tau tentang carta makanan bayi..Inilh carta yang saya follow untuk my little girls Nawwarah dan Nusabah..

 

 

 

 

 

Ok,tu je..harap-harap dapatla perkongsian ni memberi sedikit sebayak info kepada ibu muda..

 

Jumpa lagi.

(:

 

 

Saturday, 11 October 2014

Talesemia


Hari ni saya nak share tentang info penyakit Talesemia...disebabkan saya sendiri pembawa Talesemia..
actually dapat tau saya pembawa talesemia ni masa pregnant anak pertama..sebab rasa macam penat-penat dan letih je..so Doctor pun buat ujian darah..
Doctor jugak cek Husband ..masa tu Ya Allah risau sangat sebab Doctor inform if Husband jugak pembawa anak mungkin akan jadi penghidap...

Tapi Alhamdulillah..husband bukan pembawa...:)

tapi, bila pregnant anak kedua, saya dapat atasi penyakit Talesemia ni..pemakanan apa yg saya amalkan nanti saya share ye..:)


Awal-awal ni Jom kita tengok tentang talesemia ni..



Penyakit Talesemia
 
Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.Paras Hb diukur dengan unit gram bagi setiap deciliter darah (g/dl). Pesakit talasemia sering menunjukan paras Hb yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa baka) dan talasemia major (seseorang yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dikenali sebagai penghidap talasemia).
Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh menemui maut.
 
Apakah gejala talesemia minor (Pembawa Talesemia)?
 
Pembawa (Talesemia trait) selalunya tidak mempunyai simptom (asimptomatik). Namun demikian, kejadian batu karang jenis bilirubin boleh berlaku di pundi hempedu dan ini mungkin memerlukan pembuangan jika ia menimbulkan masalah. Talasemia trait selalunya dijumpai secara kebetulan apabila seseorang itu menjalani ujian darah.
Bilangan sel-sel darah merah seseorang itu selalunya sama ada normal atau kurang sedikit (anemia) dan saiz sel-sel darah merah ini selalunya dilaporkan sebagai mempunyai saiz yang kecil. Seperti keadaan talasemia lain, pengenalpastian dilakukan dengan menjalankan Haemoglobin Electrophoresis. Kekurangan zat besi boleh memberikan keadaan saiz sel darah merah yang kecil dan talasemia trait ini boleh tersilap diberikan diagnosis sebagai, anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi.
Pemberian zat besi kepada individu yang mempunyai talasemia trait tidak akan menyebabkan saiz (serta kuantiti) sel darah merah itu bertambah. Sebaliknya, ia boleh melibatkan seseorang itu terlebih zat besi. Namun demikian, kekurangan zat besi boleh berlaku dalam kehamilan dan perdarahan.Dalam konteks ini, seseorang yang mempunyai talasemia trait mungkin memerlukan zat besi. Talasemia trait tidak memerlukan apa-apa rawatan dan ia tidak membawa kepada sebarang kemudaratan. Walau bagaimanapun, kaunseling genetik berkenaan dengan sifat keturunan penyakit ini perlu diberikan.
Disebabkan penyakit ini yang diwarisi melalui cara autosomal resesif (keabnormalan pada kromosom 11), ada kemungkinan besar yang salah seorang dari ibu bapa pembawa turut menjadi pembawa (mempunyai Beta Thalassaemia Trait juga). Adik-beradik juga mungkin turut menjadi pembawa walaupun sebahagian besar dari mereka mempunyai profil hemoglobin yang normal.
Namun demikian, kejadian talasemia ini pernah dilaporkan terjadi secara mutasi spontan iaitu apabila seseorang itu sahaja yang mempunyai talasemia manakala anggota keluarganya yang lain adalah normal.

Sekiranya seseorang itu adalah pembawa talesemia, bolehkah penyakit itu diturunkan kepada generasi akan datang seandainya suami atau isteri adalah normal atau, pembawa?

Jika suami adalah normal, 50 peratus daripada anak mungkin turut menjadi pembawa (Beta Thalassaemia Trait) dan yang lainnya normal. Jika suami atau isteri adalah pembawa, 50 peratus dari anak mungkin menjadi pembawa, 25 peratus normal manakala yang 25 peratus lagi mungkin mempunyai Beta Thalassemia Major.
Apakah gejala talesemia major?Kanak-kanak itu kelihatan normal ketika dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mula mengalami anemia apabila berusia di antara 3 dan 18 bulan. Pucat semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
Anemia yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa.
Pembesaran tengkorak, tulang pipi dan tulang rahang (tanda lewat).


 

Apakah rawatan bagi talasemia?

Ada 2 jenis rawatan iaitu rawatan asas dan lanjutan:
Rawatan asas membabitkan beberapa komponen, pemindahan darah secara berkala, penggunaan ubat-ubatan desferrioxamine dan pembedahan untuk mengeluarkan organ limpa jika perlu. Rawatan lanjutan pula membabitkan pemindahan sumsum tulang daripada penderma yang bersesuaian. Secara umum, kanak-kanak yang menghidap talasemia major memerlukan pemindahan darah di antara 2 dan 6 minggu sekali, namun sebahagian besar pesakit menerima darah secara purata sebulan sekali. Pemindahan itu perlu diberi untuk mencapai purata tahap Hb kanak-kanak itu dalam lingkungan normal. Untuk mencapai tahap kesihatan yang baik dan optimum, paras Hb sebelum pemindahan darah seelok-eloknya dipertahankan di antara 9 dan 10 g/dl.


Dalam keadaan demam atau saiz limpa yang besar, paras Hb akan menurun dengan lebih cepat dan pesakit mungkin perlu datang untuk pemindahan darah dengan lebihn kerap. Kekerapan pemindahan darah menyebabkan penimbunan zat besi di dalam tubuh pesakit. Ini kerana, darah kaya dengan zat besi dan setiap unit pek darah yang diterima mengandungi di antara 200 dan 250 mg besi. Tubuh manusia hanya mampu mengeluarkan sejumlah kecil (antara 1 hingga 4 mg sehari) saja kandungan besi di dalam badan

Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat desferrioxamine yang mampu bertindak mengeluarkan kandungan besi yang berlebihan di dalam badan melalui air kencing dan najis. Ubat ini diberi secara suntikan di bawah kulit pada setiap hari dan lazimnya ia diberi pada sebelah malam. Ia digunakan di antara 5 dan 7 malam pada setiap minggu bagi mendapatkan penurunan zat besi yang baik.

Bagaimanapun, kos ubat ini tinggi dan terpaksa ditanggung oleh pesakit atau ibu bapa pesakit sendiri. Lazimnya, seorang pesakit perlu membelanjakan sebanyak RM500 hingga RM1,000 sebulan (bergantung kepada usia dan berat badan pesakit) bagi menampung pembelian dan penggunaan ubat itu. Menurut Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia; pesakit yang tidak menjalani sebarang rawatan. lazimnya hanya berpeluang hidup diantara 6 bulan dan 1 tahun. Bagaimanapun, jika pesakit menjalani pemindahan darah tetapi tidak mengambil ubat desferrioxamine, jangka hayat mereka boleh mencapai antara 14 dan 16 tahun.
Namun begitu, jika pesakit menjalani pemindahan darah dan mengambil ubat desferrioxamine, mereka berpeluang hidup lebih lama. Ketika ini, usia pesakit talasemia yang paling panjang di negara ini ialah 30 tahun. Kanak-kanak yang menghidap talasemia major selalunya diberi ubat asid folik atau folate. Pil asid folik diperlukan kerana ia membantu pembentukan sel darah merah.
Vitamin C pula diberi hanya kepada kanak-kanak yang menerima desferrioxamine. Selain itu, antibiotik penicillin juga diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan mengeluarkan organ limpa. Penicilin perlu diberi kerana daya ketahanan pesakit kepada kuman tertentu adalah kurang selepas organ limpa itu dikeluarkan. Justeru, antibiotik itu perlu diberi sebagai usaha pencegahan.

Oleh itu, saya cadangkan agar pasangan yang belum berkahwin silalah buat ujian Talesemia dulu ye..supaya kita bersedia fizikal dan mental.
 
 


Friday, 10 October 2014

Tips Kecantikan:Kenali jenis kulit muka


Kali ni saya ingin berkongsi cara untuk mengenali jenis kulit muka sebelum membeli apa-apa produk atau pun supplemen yang sesuai.Adakah kulit anda jeni kulit normal,kering,berminyak dan kombinasi?

 Jom kita sama-sama kenali...

Kulit Muka Berminyak

Kebanyakan wanita di Malaysia mempunyai kulit muka berminyak kerana gaya pemakanan mereka rata-rata gemarkan masakan yang berminyak.Kulit berminyak adalah kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akibat aktiviti kelenjar lemak pada kulit.Kotoran dan debu memang mudah untuk melekat pada kulit yang berminyak yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat dan bintik-bintik hitam.Cuba bayangkan satu permukaan yang di letakkan minyak,kemudian pasangkan satu kipas yang berdebu.Macam mana agaknya?
Antara ciri kulit berminyak ialah:
  • Kulit nampak melekit dan berminyak (Jalan sebatu pun dah nampak glowing habis)
  • Kulit Alergi dan sering gatal-gatal di muka
  • Sekitar hidung nampak seperti menara KLCC yang berkilauan akibat minyak yang berlebihan.
  • Kulit mengalami bintik hitam dan jerawat seperti kuih rempeyek.

Kulit Kering

Kulit kering pula ialah kulit yang mengeluarkan minyak dalam kuantiti yang sangat sedikit.Minyak tidak membahayakan kulit muka.Tetapi sekiranya minyak dikeluarkan melebihi atau kurang dari paras normal,itu yang berbahaya.Fungsi minyak adalah untuk melembutkan seperti kita sapukan losyen pada kulit.Pengeluaran minyak yang sangat sedikit akan menyebabkan kulit mudah pecah-pecah dan sensitif.
Mereka yang mempunyai kulit muka sebegini tidak boleh memakai produk kosmetik sembarangan dan perlu merujuk kepada pakar kulit muka terlebih dahulu.Jangan memandai,nanti merana diri.
Antara ciri kulit kering:
  • Kulit kelihatan kasar dan tidak bersinar
  • Kulit kering dan pecah-pecah seperti sisik ikan
  • Kulit sensitif dan kemerahan macam buah epal bunting.

Kulit Kering dan Berminyak

Mereka yang mempunyai jenis kulit muka seperti ini mudah keliru.Hal ini kerana kulit muka mereka mempunyai kombinasi masalah yang memeningkan.Sebahagian kulit muka mereka berminyak,dan sebahagian lagi kering.
Antara ciri kulit muka kering dan berminyak:
  • Kulit di kawasan T (hidung,dahi dan pipi) kelihatan berminyak.


Kulit Normal

Untung.Itu perkataan yang selayaknya bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang normal.Bukan mudah nak dapatkan kulit muka yang normal.Pengeluaran minyak bagi kulit normal adalah sangat seimbang Tidak bererti kulit normal tidak memerlukan rawatan wajah.Bukan semua bernasib baik seperti golongan kulit normal ini.
Antara ciri kulit muka normal:
  • Tidak mempunyai bintik hitam
  • Berpori-pori halus
  • Kulit muka bercahaya,cerah ,halus dan lembut macam lepas guna Softlan
  • Tidak mempunyai jerawat.Nak tahu macam mana nak hilangkan jerawat?Nanti entri akan dating saya ceritakan tentang tips tu ok..
Kulit Sensitif

Dalam ramai-ramai,pasti ada yang mempunyai kulit muka yang sensitif.Pegang sikit sahaja dah merengek.Hehe.Punca kulit muka menjadi sensitif adalah berbeza bagi setiap individu.Kulit sensitif boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,resdung,ruam,gatal-gatal pada kulit dan eczema.

Macam mana nak rawat kulit muka yang berminyak,kering,sensitif dan normal pula?Nantikan dalam entri saya akan datang.

Selamat Membaca!

p/s:Apa jenis kulit muka anda pula?
oh ye,ESP sangat sesuai untuk semua jenis kulit tau..nak tau kelebihan ESP? Boleh baca di entri ESP..:)

#Gambar sekadar hiasan..agak-agak apa jenis kulit muka Tiz Zaqyah ye..hehe




Tuesday, 7 October 2014

Kebaikan Vitamin C Sustain Release

 
Assalamualaikum..
 
Kali ni saya nak bercerita salah satu supplemen yang best jugak dan wajib ambil setiap hari iaitu Vitamin C. Apakah khasiat vitamin C Sustain Release ni?
 
Jom kita baca..
 
  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
  • Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
  • Anti penuaan dan anti kedut
  • Mengatasi masalah resdung dan alahan
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
  • Merawat jangkitan saluran kencing
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
ha,banyakkan..sangat bermanfaat....

nilah dia vitamin kesukaan saya..:)

sekiranya anda berminat,boleh hubungi saya ye..

Noor Amtaza Hj Sawal
013.6969116

Sunday, 5 October 2014

Khasiat ESP yang tidak terkata..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Bersempena dengan bulan promosi ESP, saya nak bercerita sedikit tentang ESP. Kalau anda nak tau ESP ni adalah produk hot item Shaklee. Sebelum tu  mari kita berkenalan dulu..
 
 
 
 Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu, 6 kali lebih dari roti dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Jadi, apa pula khasiat ESP sehingga menjadi produk terlaris dalam Shaklee.
 
7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:
 
1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
 
2.Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
 
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan.Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kelihatan cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.






Jadi, apa lagi..jom dapatkan set promo ESP  beli 6 percuma 1 dengan harga yag runtuh. Tak percaya?

Jom hubungi saya. :)

Noor Amtaza Hj Sawal
884377
013.6969116
nooramtaza@gmail.com


 
 
 

Saturday, 4 October 2014

Khasiat dan keperluan B Complex dalam badan


Tahukah anda, vitamin B sangat diperlukan oleh  tubuh badan manusia. Ini adalah kerana B complex adalah vitamin yang larut air.Vitamin  ini adalah dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. 

Stress boleh memusnahkan B complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada vitamin ini dalam tubuh manusia. Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang B complex.



Mari kita lihat sebab-sebab kemusnahan vitamin B complex dalam badan:

• jenis larut air – perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5  

   kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan

   vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.


Oleh itu, pengambilan supplement B Complex amat diperlukan. Ini kerana,  B-COMPLEX berfungsi:

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf

   tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan



 
Oleh itu, pengambilan B Complex sangat penting dalam tubuh.
Hubungi saya sekiranya memerlukan supplemen B-Complex. :)
 
 
 
 
Noor Amtaza Hj Sawal
013.6969116
884377

Kebaikan dan kelebihan Alfalfa



Kali ni saya nak syerkan 1001 khasiat produk Shaklee yang best bernama ALFALFA. Alfalfa ni boleh dimakan oleh lelaki dan wanita ye..Sebelum tu, kita kenali Alfalfa dulu..

Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Jom lihat antara kelebihan dan keistimewaan Alfalfa ni..

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
 
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


 
Jadi, banyakkan kelebihan dan khasiat Alfalfa ni. Jadi, jom cuba.:)
 
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.