Hari ni saya nak share tentang info penyakit Talesemia...disebabkan saya sendiri pembawa Talesemia..
actually dapat tau saya pembawa talesemia ni masa pregnant anak pertama..sebab rasa macam penat-penat dan letih je..so Doctor pun buat ujian darah..
Doctor jugak cek Husband ..masa tu Ya Allah risau sangat sebab Doctor inform if Husband jugak pembawa anak mungkin akan jadi penghidap...
Tapi Alhamdulillah..husband bukan pembawa...:)
tapi, bila pregnant anak kedua, saya dapat atasi penyakit Talesemia ni..pemakanan apa yg saya amalkan nanti saya share ye..:)
Awal-awal ni Jom kita tengok tentang talesemia ni..
Penyakit Talesemia
Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.Paras Hb diukur dengan unit gram bagi setiap deciliter darah (g/dl). Pesakit talasemia sering menunjukan paras Hb yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa baka) dan talasemia major (seseorang yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dikenali sebagai penghidap talasemia).
Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh menemui maut.
Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh menemui maut.
Apakah gejala talesemia minor (Pembawa Talesemia)?
Bilangan sel-sel darah merah seseorang itu selalunya sama ada normal atau kurang sedikit (anemia) dan saiz sel-sel darah merah ini selalunya dilaporkan sebagai mempunyai saiz yang kecil. Seperti keadaan talasemia lain, pengenalpastian dilakukan dengan menjalankan Haemoglobin Electrophoresis. Kekurangan zat besi boleh memberikan keadaan saiz sel darah merah yang kecil dan talasemia trait ini boleh tersilap diberikan diagnosis sebagai, anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi.
Pemberian zat besi kepada individu yang mempunyai talasemia trait tidak akan menyebabkan saiz (serta kuantiti) sel darah merah itu bertambah. Sebaliknya, ia boleh melibatkan seseorang itu terlebih zat besi. Namun demikian, kekurangan zat besi boleh berlaku dalam kehamilan dan perdarahan.Dalam konteks ini, seseorang yang mempunyai talasemia trait mungkin memerlukan zat besi. Talasemia trait tidak memerlukan apa-apa rawatan dan ia tidak membawa kepada sebarang kemudaratan. Walau bagaimanapun, kaunseling genetik berkenaan dengan sifat keturunan penyakit ini perlu diberikan.
Disebabkan penyakit ini yang diwarisi melalui cara autosomal resesif (keabnormalan pada kromosom 11), ada kemungkinan besar yang salah seorang dari ibu bapa pembawa turut menjadi pembawa (mempunyai Beta Thalassaemia Trait juga). Adik-beradik juga mungkin turut menjadi pembawa walaupun sebahagian besar dari mereka mempunyai profil hemoglobin yang normal.
Namun demikian, kejadian talasemia ini pernah dilaporkan terjadi secara mutasi spontan iaitu apabila seseorang itu sahaja yang mempunyai talasemia manakala anggota keluarganya yang lain adalah normal.
Namun demikian, kejadian talasemia ini pernah dilaporkan terjadi secara mutasi spontan iaitu apabila seseorang itu sahaja yang mempunyai talasemia manakala anggota keluarganya yang lain adalah normal.
Sekiranya seseorang itu adalah pembawa talesemia, bolehkah penyakit itu diturunkan kepada generasi akan datang seandainya suami atau isteri adalah normal atau, pembawa?
Jika suami adalah normal, 50 peratus daripada anak mungkin turut menjadi pembawa (Beta Thalassaemia Trait) dan yang lainnya normal. Jika suami atau isteri adalah pembawa, 50 peratus dari anak mungkin menjadi pembawa, 25 peratus normal manakala yang 25 peratus lagi mungkin mempunyai Beta Thalassemia Major.
Apakah gejala talesemia major?Kanak-kanak itu kelihatan normal ketika dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mula mengalami anemia apabila berusia di antara 3 dan 18 bulan. Pucat semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
Anemia yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa.
Pembesaran tengkorak, tulang pipi dan tulang rahang (tanda lewat).
Anemia yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa.
Pembesaran tengkorak, tulang pipi dan tulang rahang (tanda lewat).
Apakah rawatan bagi talasemia?
Ada 2 jenis rawatan iaitu rawatan asas dan lanjutan:
Rawatan asas membabitkan beberapa komponen, pemindahan darah secara berkala, penggunaan ubat-ubatan desferrioxamine dan pembedahan untuk mengeluarkan organ limpa jika perlu. Rawatan lanjutan pula membabitkan pemindahan sumsum tulang daripada penderma yang bersesuaian. Secara umum, kanak-kanak yang menghidap talasemia major memerlukan pemindahan darah di antara 2 dan 6 minggu sekali, namun sebahagian besar pesakit menerima darah secara purata sebulan sekali. Pemindahan itu perlu diberi untuk mencapai purata tahap Hb kanak-kanak itu dalam lingkungan normal. Untuk mencapai tahap kesihatan yang baik dan optimum, paras Hb sebelum pemindahan darah seelok-eloknya dipertahankan di antara 9 dan 10 g/dl.
Dalam keadaan demam atau saiz limpa yang besar, paras Hb akan menurun dengan lebih cepat dan pesakit mungkin perlu datang untuk pemindahan darah dengan lebihn kerap. Kekerapan pemindahan darah menyebabkan penimbunan zat besi di dalam tubuh pesakit. Ini kerana, darah kaya dengan zat besi dan setiap unit pek darah yang diterima mengandungi di antara 200 dan 250 mg besi. Tubuh manusia hanya mampu mengeluarkan sejumlah kecil (antara 1 hingga 4 mg sehari) saja kandungan besi di dalam badan
Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat desferrioxamine yang mampu bertindak mengeluarkan kandungan besi yang berlebihan di dalam badan melalui air kencing dan najis. Ubat ini diberi secara suntikan di bawah kulit pada setiap hari dan lazimnya ia diberi pada sebelah malam. Ia digunakan di antara 5 dan 7 malam pada setiap minggu bagi mendapatkan penurunan zat besi yang baik.
Bagaimanapun, kos ubat ini tinggi dan terpaksa ditanggung oleh pesakit atau ibu bapa pesakit sendiri. Lazimnya, seorang pesakit perlu membelanjakan sebanyak RM500 hingga RM1,000 sebulan (bergantung kepada usia dan berat badan pesakit) bagi menampung pembelian dan penggunaan ubat itu. Menurut Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia; pesakit yang tidak menjalani sebarang rawatan. lazimnya hanya berpeluang hidup diantara 6 bulan dan 1 tahun. Bagaimanapun, jika pesakit menjalani pemindahan darah tetapi tidak mengambil ubat desferrioxamine, jangka hayat mereka boleh mencapai antara 14 dan 16 tahun.
Namun begitu, jika pesakit menjalani pemindahan darah dan mengambil ubat desferrioxamine, mereka berpeluang hidup lebih lama. Ketika ini, usia pesakit talasemia yang paling panjang di negara ini ialah 30 tahun. Kanak-kanak yang menghidap talasemia major selalunya diberi ubat asid folik atau folate. Pil asid folik diperlukan kerana ia membantu pembentukan sel darah merah.
Vitamin C pula diberi hanya kepada kanak-kanak yang menerima desferrioxamine. Selain itu, antibiotik penicillin juga diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan mengeluarkan organ limpa. Penicilin perlu diberi kerana daya ketahanan pesakit kepada kuman tertentu adalah kurang selepas organ limpa itu dikeluarkan. Justeru, antibiotik itu perlu diberi sebagai usaha pencegahan.
Vitamin C pula diberi hanya kepada kanak-kanak yang menerima desferrioxamine. Selain itu, antibiotik penicillin juga diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan mengeluarkan organ limpa. Penicilin perlu diberi kerana daya ketahanan pesakit kepada kuman tertentu adalah kurang selepas organ limpa itu dikeluarkan. Justeru, antibiotik itu perlu diberi sebagai usaha pencegahan.
Oleh itu, saya cadangkan agar pasangan yang belum berkahwin silalah buat ujian Talesemia dulu ye..supaya kita bersedia fizikal dan mental.


Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan talesmia dan pelbagai jenis sel kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
ReplyDeleteLayari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser
Saya ialah pembawa telesimia ade kr cara nk cegah pembawa telesimia ni sbnrya
ReplyDeleteSya ialah pembawa telesimia ade tk cara nk cegahnya
ReplyDelete